https://youtube.com/live/LzTKfNHqsUw?feature=share

Kejayaan ialah dari 1 peratus idea dan 99 peratus usaha. In Shaa Allah.
DAP dalam senyap mematuk dua kali.
Jangan masuk lubang biawak .
Puak PAN yang patuh kepada DAP matanya disihir hanya nampak kecantikan dan kebaikan DAP.
Malah sesiapa yang cuba menganggu gugat DAP,Puak PAN pasti menjadi barisan hadapan mempertahankannya.
Pan dan UMNO kini dipatuk oleh DAP longlai menahan bisa dan sedang dibaham oleh doktrin politik yang ditanamkan DAP kepada mereka.
Berslogankan kerajaan perpaduan dan menjual nama YDPA kedua parti ini berjaya dikhadamkan demi survival parti tersebut.
Pan ayam tambatan DAP tetap berpegang walaupun kami kalah tapi tuan besar kami menang.
Sedar atau tidak puak UMNO bahawa parti mereka sedang diperalatkan puak DAP.
UMNO menjadi titik untuk DAP menyeberang menawan pengundi Melayu yang boleh dibeli kerana UMNO dah mengiktiraf DAP lebih ikhlas dari PAS.
DAP berjaya mematuk Pan UMNO dua kali pertama PRU 15 dan PRN 6 negeri.
Pan dan UMNO telah memberi tenaga baru kepada DAP ,walaupun DAP tak henti henti memaki UMNO perompak.
Sedarlah umat Islam,Ugama Islam memiliki satu landasannya sendiri.
Sebagai umat Islam ambillah landasan Islam kerana destinasi nya dunia dan akhirat yang ditentukan Allah.
Jangan sekali kali berada di landasan yang dibina musuh Allah kelak mudarat dan kesal dalam kehidupan.
PN adalah landasan baru umat Islam untuk menguasai mainstream politik negara.
Ayuh bersama
Kita selamatkan bangsa dengan agama.
Semoga PRN Pulai dan Jeram menjadi titik permulaan penyatuan ummah dapat dibina semula.
Tun Tuah.
{ ۞مُنِيبِينَ إِلَيۡهِ وَٱتَّقُوهُ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَلَا تَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ }
[Surah Ar-Rūm: 31]
Abdullah Muhammad Basmeih:
Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik –
